Info Korporat

Perancangan Masa Hadapan

Setiap perjalanan yang dirangka oleh syarikat mempunyai perancangan tersendiri , ini adalah bagi memperluaskan dan memperkembangkan lagi segala aktiviti yang dijalankan oleh syarikat supaya dapat memberi kepuasan dan keselesaan kepada pelanggan yang sedia ada dan akan datang. Dengan adanya pekerja yang berkemahiran dan cekap ini lebih meyakinkan syarikat untuk bergiat dengan lebih cekap dan menjadikan perniagaan ini sebuah perniagaan yang disegani di Malaysia..

Di samping itu juga, pihak syarikat telah membuat perangkaan dan perancangan untuk meningkatkan mutu aktiviti dan kerja yang akan dijalankan dengan menitik berat keberkesanan kualiti mutu kerja kearah lebih sistematik. Dengan mempunyai sijil-sijil yang berdaftar kementerian kontraktor seperti Kementerian Kewangan Malaysia (KKM), Pusat Khidmat Kontraktor (PKK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Suruhanjaya Tenaga (ST) syarikat akan lebih yakin perancangan dan visi yang diharapkan akan tercapai.