PERMATA CAHAYA ABADI ENTERPRISE telah didaftarkan pada 22 november 2016 menurut peruntukan-peruntukan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956, ( Pindaan 2001) dengan memakai no pendaftaran SA0403644-H. Perniagaan ini bergiat aktif dalam menjalankan kerja-kerja kejuruteraan elektrik.
PERMATA CAHAYA ABADI ENTERPRISE merupakan sebuah perniagaan “Milikan Tunggal” yang diasaskan sepenuhnya oleh Azrul Nizam Bin Mahadi. Beliau merupakan pengurus dalam perniagaan tersebut yang dipertanggungjawab dalam menjanakan segala perjalanan syarikat supaya mencapai visi yang dirancangkan. Dengan berbekalkan pengalaman beliau selama 8 tahun dalam bidang pendaiwaian elektrik ini lebih meyakinkan lagi tahap pencapaian syarikat dapat dicapai dengan lebih maju dan berprofesional.
Misi utama untuk menjadi tunggak utama syarikat ialah ingin memartabatkan usahawan melayu bergiat lebih cergas di dalam sector korporat supaya pengusaha bumiputera dapat bersaing dengan pengusaha-pengusaha lain di Malaysia secara sihat. Sehubungan dengan itu, “PERMATA CAHAYA ABADI ENTERPRISE” memainkan peranan dalam melakukan kerja-kerja syarikat bagi membantu masyarakat setempat dengan pengambilan pekerja yang berkemahiran supaya dapat memperluaskan kemahiran yang dimiliki secara tidak langsung.